KUALA LUMPUR 4 Ogos – Polis berjaya menahan dua pengedar dadah yang aktif menjalankan penjualan dadah di sekitar Kota Kinabalu, Sabah, dalam satu Operasi Ice Breaker di daerah tersebut. Portal Utusan Borneo melaporkan, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Manjiji berkata, suspek tersebut merupakan antara 34 tangkapan keseluruhan dalam operasi yang dijalankan selama seminggu bermula 28 Julai sehingga kelmarin. Ujarnya, operasi dijalankan di beberapa lokasi tumpuan penagihan dadah…










