KUALA PILAH 4 Ogos – Dua beranak yang sesat ketika mendaki Gunung Angsi di sini semalam diselamatkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia awal pagi tadi. T. Jaya Prakash, 36, dan anak tirinya, Ryan Mohd. Azman, 10, dari Seremban ditemukan selamat di puncak Bukit Botak kira-kira pukul 1.22 pagi tadi selepas memulakan pendakian pukul 4 petang semalam. Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seri Menanti, Pegawai Bomba Kanan II Roslan…










