KUALA LUMPUR 2 Ogos – Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak mahu menjadi Perdana Menteri ‘itik tempang’ yang gagal mengambil langkah tegas dan berani bagi mengubah landskap ekonomi negara. Penganalisis politik di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kampus Kuala Lumpur, Prof. Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berpendapat, atas sebab itulah tempoh Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri ibarat suatu misteri atau teka-teki yang masih belum dapat dirungkai. Kata beliau, lebih baik Dr.…










