Dong Zong, Jiao Zong nafi adakan himpunan bantahan - Utusan Malaysia

Dong Zong, Jiao Zong nafi adakan himpunan bantahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Dua pertubuhan Cina, Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong) dan Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) hari ini menafikan akan menganjurkan satu perhimpunan bagi membantah tindakan Kementerian Pendidikan pengenalan tulisan khat dan Jawi dalam buku teks sekolah, pada Isnin ini.

Dua pertubuhan tersebut dalam kenyataan memberitahu, sebaliknya akan ada satu mesyuarat dalaman melibatkan beberapa pertubuhan pelbagai kaum bagi membincangkan isu penambahan seni khat dalam subjek Bahasa Melayu di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT).

“Pihak Dong Jiao Zong ingin menjelaskan tiada perhimpunan akan diadakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mesyuarat dalaman ini semata-mata menumpukan pengupasan dan analisis tentang inisiatif kementerian ini melalui aspek pedologi pendidikan, keberkesanan pembelajaran dan realiti serta fungsi pragmatik seni khat Jawi dalam peningkatan penguasaan dan pengetahuan bahasa Melayu,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Semalam, Kementerian Pendidikan mempertahankan rancangan untuk memperkenalkan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 tahun depan meskipun berdepan bantahan daripada pertubuhan pendidikan Cina.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini