DHAKA, Bangladesh – Sepasang kembar Siam Bangladesh yang bercantum pada kepala beransur sembuh semalam selepas sepasukan doktor bedah Hungary berusaha 30 jam untuk memisahkan tengkorak dan otak mereka dalam satu pembedahan di Dhaka. Kembar Siam perempuan bernama Rabeya dan Rukaya yang berumur 3 tahun bulan lalu mengalami kecacatan embrio, masalah yang menimpa satu dalam setiap lima hingga enam juta kelahiran. Mereka stabil selepas prosedur pemisahan terakhir, kata pakar bedah neurologi…










