KUALA LUMPUR 2 Ogos – Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) menganggap kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Dasar Ekonomi Baharu (DEB) baru-baru ini kononnya tidak lagi lestari dan harus digantikan dengan dasar-dasar berasaskan keperluan adalah membimbangkan. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ahmad Yazid Othman berkata, MTEM sedar kelemahan pelaksanaan DEB pada masa lalu tetapi adalah salah untuk melaksanakan dasar tanpa mengambil kira dimensi kaum seperti dicadangkan oleh bakal Perdana Menteri…










