LOS ANGELES, California – Sebuah syarikat perkhidmatan internet menawarkan pekerjaan hujung minggu dengan bayaran lumayan kepada sesiapa yang mahu bercuti tanpa telefon pintar dan komputer, lapor portal berita UPI semalam. Firma berkenaan, SatelliteInternet.com menyatakan, Cabaran Tanpa Digital itu menawarkan wang tunai AS$1,000 (RM4,157) kepada sesiapa yang sanggup bercuti hujung minggu di Taman Negara Pokok Joshua, California Selatan. Bagaimanapun, mereka tidak dibenarkan menggunakan sebarang peralatan teknologi selama dua atau tiga hari.…










