TUMPAT 2 Ogos – Pimpinan tertinggi DAP diminta menegur akar umbinya supaya tidak melampaui batas dalam menyentuh perkara atau isu yang sensitif, termasuk tindakan terbaharu mereka yang membantah pengenalan tulisan khat dan kaligrafi Jawi dalam kurikulum Tahun Empat. Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, bantahan dibuat itu terlalu dangkal, sekali gus mencerminkan pemikiran sempit satu kelompok cauvinis yang tidak memberi sebarang sumbangan kepada pembinaan bangsa Malaysia yang sedang…










