SEPANG 30 Ogos – Cubaan menyeludup 13.65 kilogram (kg) dadah bernilai RM875,900 berjaya dipatahkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerusi dua tangkapan berbeza di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 di sini pada 23 dan 26 Ogos lalu. Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, kes pertama melibatkan rampasan 1.28 kg dadah jenis kokain bernilai RM257,400 manakala kes kedua membabitkan 12.37 kg dadah…










