Cubaan seludup minyak masak, gula pasir gagal - Utusan Malaysia

Cubaan seludup minyak masak, gula pasir gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merampas 5.3 tan gula pasir dan 4.3 tan minyak masak yang disyaki cuba diseludup ke negara jiran di perairan Tanjung Batu-Sungai Melayu, Pulau Sebatik, Tawau, Sabah, Isnin lalu.

Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Tawau, Komander Mohd. Yusri Hussin berkata, pihaknya turut merampas 348 peket tepung gandum dan 61 tong gas petroleum cecair (LPG).

Ujarnya, kesemua barangan kawalan yang dianggarkan bernilai RM40,000 terbabit dirampas dari bot kargo dan bot penumpang tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, dua juragan serta dua penumpang warga asing yang berumur antara 23 dan 40 tahun turut ditahan.

“Pemeriksaan juga mendapati kedua-dua juragan gagal menunjukkan dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Jelas Mohd. Yusri, kesemua barang rampasan dan juragan yang ditahan dibawa ke Jeti Zon Maritim Tawau untuk tindakan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Mengulas lanjut, beliau berharap orang ramai sentiasa tampil menyalurkan maklumat lengkap untuk tindakan segera Maritim Malaysia Tawau melalui talian MERS999 atau 08-9752115.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini