PASIR PUTEH 3 Ogos – Gula-gula manisan atau ‘coklat nise’ warisan turun temurun turut mendapat sambutan pembeli di sepanjang Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPNK) peringkat negeri di Pantai Bisikan Bayu, dekat sini, selama empat hari yang akan berakhir esok. Pengusahanya, Syahzlina Mohamad, 38, berkata resipi menghasilkan ‘coklat nise’ itu diwarisi daripada nenek dan ibunya ditampilkan kembali dalam bungkusan yang lebih menarik. Menurutnya, makanan ringan tersebut dihasilkan daripada gula nira…










