LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengakui dapat membentuk skuad terbaik menje- lang aksi Piala Perisai Komuniti England menentang Liverpool di Stadium Wembley malam ini.
Katanya, semua pemain skuad utama sudah cergas sepenuhnya kecuali pemain tengah, Fernandinho dan Benjamin Mendy yang masih belum pulih daripada kecederaan.
“Semua pemain sudah menjalani latihan bersama skuad utama mi-nggu ini dan bersedia untuk diturun-kan pada aksi menentang Liverpool esok (malam ini) kecuali Fernandinho dan Benjamin Mendy.
“Cuma, mereka yang beraksi pada kejohanan Copa Amerika se- perti Ederson, Sergio Aguero, Nicolas Otamendi dan Gabriel Jesus memiliki tahap kecergasan sederhana termasuk Riyad Mahrez yang bersama skuad Algeria pada kempen Piala Negara-Negara Afrika.
“Justeru, kemungkinan besar mereka akan diletakkan dalam pasukan simpanan dan saya hanya boleh menurunkan pemain yang cergas sepenuhnya bagi mengelakkan sebarang risiko kecederaan,” katanya.
Mengulas lanjut, Guardiola mengakui kemungkinan besar posisi penjaga gol akan disandang Claudio Bravo selepas pemain antarabangsa Chile itu pulih sepenuhnya daripada kecederaan jangka panjang.
“Dia (Bravo) sudah terlepas daripada sebarang aksi kompetitif musim lalu kerana kecederaan. Namun, dia memiliki tahap mentaliti serta fizikal yang kuat dan kini bersedia penuh sekiranya perlu diturunkan untuk membantu pasukan dan saya sangat gembira,” katanya. – Agensi











