MELAKA 3 Ogos – Pameran ‘Caring Bridge’ sempena pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 di Dataran Pahlawan, Bandar Hilir, mampu dijadikan sebagai ‘jambatan’ penghubung dalam menyampaikan dasar dan agenda kerajaan kepada rakyat. Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Suriani Ahmad berkata, program pameran tiga hari bermula semalam yang melibatkan 25 ruang pameran itu, turut membuka ruang kepada orang ramai untuk berhubung terus dengan agensi-agensi kerajaan berkaitan.…










