IPOH 29 Ogos – Kerajaan negeri tidak berbohong apabila menjelaskan dalam sidang DUN Perak bulan lalu bahawa pembelian 16 buah Toyota Camry kereta rasmi kerajaan negeri mendapat pelepasan cukai. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, maklumat yang diterima ketika menjawab soalan dalam sidang DUN pada masa itu tidak tepat. Menurutnya, namun perkara utama yang mahu diperjelaskan oleh kerajaan sebenarnya ialah pembelian kereta tersebut berbaloi dan menjimatkan duit kerajaan.…










