PUTRAJAYA 30 Ogos- Kerajaan bersetuju agar Caj Perkhidmatan Penumpang (PSC) untuk penumpang penerbangan antarabangsa yang menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 ( KLIA2) dan lapangan terbang lain dikurangkan sebanyak RM23 iaitu dari RM73 ke RM50 bermula 1 Oktober ini. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kadar PSC di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pula kekal pada kadar RM73 selain kadar PSC bagi penumpang sektor ASEAN dan domestik…










