SUNGAI PETANI 3 Ogos – Meskipun tergolong dalam kalangan orang kurang upaya (OKU), seorang pemuda di sini, tidak pernah menjadikan kekurangan dirinya itu sebagai alasan untuk tidak berusaha. Dia sebaliknya berdikari dengan berniaga secara kecil-kecilan bagi menampung perbelanjaan sehariannya tanpa perlu hanya mengharapkan simpati orang lain. Sambil berkerusi roda, Muhammad Azamirudin Ismail, 25, menjual pelbagai jenis kasut untuk dewasa dan kanak-kanak di pasar-pasar malam dan pasar-pasar tani di sekitar Bandar…










