SANDAKAN 29 Ogos – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan sebuah bot nelayan tempatan selepas dikesan menjalankan aktiviti menunda ikan di kawasan kurang tiga batu nautika dari pesisir pantai di Kinabatangan, di sini semalam. Timbalan Pengarah Operasi Zon Maritim Sandakan, Komander Maritim Mohd. Khairulanuar Abd Majid berkata, bot itu ditahan ketika sedang leka menunda lebih kurang dua batu nautika timur laut Sungai Asam, Kinabatangan pada pukul 6 pagi. “Hasil…










