KUALA LUMPUR – Beberapa pemain daripada pasukan hoki kebangsaan bakal mencurahkan ilmu mereka menerusi Program Pembangunan Sukan Hoki Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan dijalankan di seluruh negara. Program anjuran Persatuan Hoki PDRM itu sudah pun dijalankan buat kali pertama pada 14 Julai lalu di Stadium Hoki Kompleks Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis. Peserta yang rata-ratanya daripada kalangan pelajar cukup bertuah kerana menerima tunjuk ajar daripada bintang-bintang hoki negara antaranya…










