Bila lukisan ‘Leonardo Di Caprio’ masuk Balai Seni Negara - Utusan Malaysia

Bila lukisan ‘Leonardo Di Caprio’ masuk Balai Seni Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Kalau sebut nama Leonardo Di Caprio mesti ramai mengingati kehebatan pelakon Hollywood itu yang terkenal dalam filem Titanic.

Namun mengapa nama pelakon tersebut dipetik seorang pengguna Twitter yang mengaitkan dengan pameran lukisan di Balai Seni Negara (BSN)?

Ciapan pemilik akaun Twitter @nizaq_zarriq menarik perhatian pengikutnya apabila dia meletakkan nama artis Hollywood itu sempena pameran karya agung lukisan di BSN.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Done (selesai) tengok pameran lukisan pelukis agung, Leonardo Di Caprio di Balai Seni Negara.

“‘Guys’ kalau nak cari ‘port dating’ ke nak lari daripada ‘typicality’ pergi kompleks beli-belah aku sarankan pergi sini. Masuk percuma je. Tamat sampai 15 Ogos ini. Ayuh!!,” katanya dalam status tersebut.

Status itu mengundang ramai pengikutnya tertanya-tanya adakah benar pelakon Titanic berkenaan menghasilkan karya seni agung yang di pamerkan di situ.

Malah @nizaq_zarriq yang menggunakan nama Chino itu melalui bebenangnya turut mendapat maklum balas daripada @suckstressful yang memuatkan naik gambar lukisan dihasilkan pelakon itu.

“‘Last’ aku tengok Leonardo Di Caprio lukis benda ni la. Lepas itu mati ‘kejung’,” balas @suckstressfull.

Bagaimanapun Chino membalas jawapan yang membuatkan pengikutnya terus berbalas komen melalui bebenangnya.

“Kan dia ada buku scrap dia tunjuk dekat Rose (Pelakon wanita utama Titanic) sebelum ni. Yang gambar gambar lain ini semua dalam buku tu la,” katanya.

Ciapan tersebut yang dimuat naik 28 Julai lalu berjaya menarik 168 ‘retweet’ dan 280 tanda suka.

Sebenarnya pemilik akaun Twitter itu mahu menyatakan bahawa karya pelukis agung, Leonardo Da Vanci sedang dipamerkan di BSN.

Namun kreativitinya memetik nama pelakon terkenal Hollywood itu membuatkan ramai tertanya-tanya adakah benar Leonardo Di Caprio mempunyai karya agungnya di situ.

Cara dilakukan Chino itu secara tidak langsung menarik peminat seni mengunjungi pameran tersebut yang sedang berlangsung di BSN. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini