BAGI Lukmanul Hakim atau dikenali sebagai Ustaz Pilot menerusi satu rancangan televisyen, keterujaan jemaah haji dengan amalan khurafat bermula sejak dari tanah air dan ada sesetengah amalan tersebut dikuatkan lagi oleh hujah para mutawif tidak bertauliah ketika di Mekah. Tidak menafikan ada amalan syirik tersebut yang didapati ‘berkesan’ apabila pulang ke tanah air, bagaimanapun tegasnya, jemaah harus ingat laungan talbiah yang dilaungkan ketika di Mekah. “Di akhir laungan talbiah itu…










