KANGAR 29 Ogos – Krisis terhadap pucuk kepimpinan PKR Perlis terus memuncak apabila terbaharu, bekas Bendahari Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR negeri, Zulhaimi Khalib pula mengumumkan keluar parti berkuat-kuasa serta-merta hari ini. Malah, Zulhalmi turut memaklumkan lebih 100 orang ahli bakal mengikut jejak langkah sama dalam tempoh terdekat selepas kecewa dengan sikap kepimpinan parti itu terutama Pengerusi MPN PKR negeri, Amran Kamarudin yang disifatkan beliau gagal menjalankan tanggungjawab dengan baik.…









