KOTA BHARU 28 Ogos – Kerajaan Pas Kelantan mendakwa bayaran royalti minyak kini ‘tersangkut’ pada Kementerian Kewangan. Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah memaklumkan akan membayar royalti tersebut dan menyatakannya dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara. Beliau berkata, bila bayaran tersebut akan dibuat perlu dirujuk kepada Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. “Saya pernah sebut, sekarang ini pembayaran royalti terletak pada Kementerian…










