SEPANG 3 Ogos – Sebuah bas persiaran yang membawa dua penumpang terbabas dari sebuah jambatan dalam satu kemalangan jalan raya di Kilometer (KM) 0.6 Jalan Salak Tinggi-Nilai di sini hari ini. Walau bagaimanapun, dua penumpang dan pemandu bas bernasib naik apabila mereka mengalami kecederaan dan kini dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan lanjut. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali berkata, bas itu dipercayai dari Terminal Bandar…










