KUANTAN – Tindakan seorang pengutip hutang syarikat pinjaman kewangan berlesen mengganggu seorang guru wanita yang didakwa tidak membayar pinjaman membawa padah apabila dia didenda RM10,000 di Mahkamah Majistret di sini semalam. Majistret Nurunaim Abdullah menjatuhkan hukuman itu ke atas Neo Soon Hwai, 59, selepas pekerja penghantar surat khabar itu mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibacakan. Tertuduh turut diperintah menjalani hukuman penjara selama 10 bulan jika gagal membayar denda tersebut. Tertuduh bagaimanapun…










