KUALA LUMPUR 3 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki melahirkan rasa hairan terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang secara berterusan menjual aset berkualiti tinggi milik Khazanah Nasional Bhd. (Khazanah) hanya kerana keuntungan besar dalam masa singkat. Beliau turut mempersoalkan tindakan tersebut menjadi pilihan PH berbanding usaha untuk mengurus dan mengembangkan aset negara. “Saya tidak boleh fikir kenapa PH hanya melihat keuntungan satu kali (one-off) menerusi penjualan…










