KUALA LUMPUR – Pelakon Ashraf Muslim sebak kerana terpaksa meninggalkan keluarganya untuk tempoh 40 hari demi menunaikan ibadah haji. Ashraf atau nama sebenarnya Mohd. Ashraf Muslim, berangkat ke Tanah Suci Mekah pada pukul 9 pagi tadi berseorangan tanpa ditemani mana-mana ahli keluarganya. “Bismillahirrahmanirrahim. Saya Mohd. Ashraf bin Muslim hari ini telah dipanggil oleh Allah S.W.T untuk menyahut seruan-Nya bagi menjalankan tanggungjawab rukun Islam yang kelima. “Alhamdulillah dan terima kasih Allah.…










