BANGKOK 3 Ogos – Negara-negara ASEAN telah melahirkan kebimbangan mengenai ketegangan yang semakin memuncak akibat kehadiran terlalu banyak kapal perang di Laut China Selatan, kata Menteri Luar Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah. “Kita perlu mengurangkan kehadiran kapal perang di perairan yang menjadi medan pertikaian demi menjamin keamanan dan kestabilan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan. “Ia adalah laluan bebas tetapi apabila ada terlalu banyak kapal, kami bimbang,” kata beliau…










