WASHINGTON 2 Ogos – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengumumkan untuk mengenakan tarif sebanyak 10 peratus lagi terhadap produk buatan China bernilai AS$300 bilion (RM1.2 trilion). Keputusan itu secara tidak langsung menyaksikan dua kuasa besar ekonomi dunia itu telah mewujudkan jurang perdagangan sehingga AS$660 bilion (RM2.7 trilion) setakat ini. Tarif tersebut akan dikuatkuasakan pada 1 September ini dan Trump turut memaklumkan bahawa beliau mungkin meningkatkan lagi kadar tarif…










