KUALA LUMPUR 2 Ogos – Penganjuran Sidang Kemuncak Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) oleh negara pada 2020 akan meletakkan Malaysia di jajaran yang betul sebagai sebuah negara perdagangan yang signifikan serta berpotensi meluaskan lagi segmen perniagaan Malaysia sehingga merentasi sempadan, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Ketua Setiausaha MITI, Datuk Lokman Hakim Ali berkata, sejak menjadi anggota pengasas APEC, blok tersebut telah banyak mengubah struktur, kawal selia, dasar…










