JAKARTA – Pihak berkuasa Indonesia menggesa penduduk berhampiran pantai agar berpindah ke kawasan tinggi selepas amaran tsunami dikeluarkan berikutan gempa bumi berukuran 7 magnitud melanda pulau Sumatera dan Jawa. Agensi geofizik Indonesia mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa pada kedalaman 59 kilometer dan berpusat 227 kilometer dari bandar Teluk Betung dan wilayah Banten di pulau Jawa. Agensi mitigasi bencana Indonesia memaklumkan menerusi Twitter bahawa, penduduk di sekitar pantai Banten perlu menjauhi…










