KUALA LUMPUR 4 Ogos – Dana asing telah bertindak menjual sejumlah RM293.5 juta bersih dalam tempoh 29 Julai-1 Ogos lepas iaitu kira-kira enam kali lebih tinggi daripada RM53.4 juta yang dilepaskan sepanjang minggu sebelumnya. Penganalisis MIDF Amanah Investment Bank Bhd Research (MIDF Research) Adam Mohamed Rahim berkata sebahagian besar daripada aliran keluar itu adalah disebabkan oleh hari dagangan terakhir Julai yang jatuh pada Rabu dan membabitkan jualan bernilai RM334.3 juta…










