RAMAI yang menyangka bibit percintaan yang wujud antara pasangan pelakon, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bermula di lokasi penggambaran. Bahkan pada awal perhubungan mereka dihidu ramai, ada yang beranggapan keintiman mereka sekadar gimik bagi mempopularkan drama lakonan bersama, Curi-Curi Cinta pada Mei lalu. Bagaimanapun anggapan tersebut tidak benar. Menurut Aiman, cinta terhadap Zahirah sudah tumbuh sebelum mereka melangkah ke set penggambaran. Figura tinggi lampai itu menolak keras istilah cinta…










