Ain Edruce tiada masa urus perkahwinan - Utusan Malaysia

Ain Edruce tiada masa urus perkahwinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERBAKI empat bulan sebelum menamatkan zaman bujang dengan si pelumba kereta, Amirul Hafiz, 26, pelakon dan pengacara tinggi lampai, Ain Edruce, 28, ternyata masih tidak mempunyai masa untuk membuat persiapan perkahwinannya. Mengikut rencana asal, majlis tersebut akan berlangsung pada Disember depan.

Ain atau nama sebenarnya, Nurulain Edruce berkata, sehingga kini aspek persiapan hari bahagianya baru diselesaikan sekitar 20 peratus.

Dari sisi lain, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu bagaimanapun bersyukur kerana selepas mengikat tali pertunangan pada 22 Jun lalu, rezekinya semakin mencurah-curah sama ada dalam bidang lakonan mahupun pengacaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikrarnya, sebulan sebelum tiba hari bahagia, barulah dia akan menumpukan sepenuh perhatian terhadap perihal perkahwinan.

Ain yang ditemui Kosmo! pada sidang akhbar Raja Lawak Junior di ibu negara baru-baru ini juga mengakui, fasa pertunangan penuh cabaran. Dia turut melahirkan kerisauan seandainya ada perkara tidak diingini berlaku dalam tempoh penting sebelum bergelar isteri orang.

Kosmo!: Bagaimanakah persiapan hari perkahwinan Ain yang bakal berlangsung pada bulan Disember depan?

Ain Edruce: Buat masa sekarang, persiapan baru 20 peratus. Baju kahwin pun belum fikir lagi. Saya terlampau sibuk dengan kerja. Saya bersyukur kerana tunang merupakan seorang lelaki yang sangat memahami.

Sekarang pun kami jarang berjumpa. Kalau jumpa pun mungkin seminggu sekali. Bagaimanapun, kami banyak berhubung melalui panggilan telefon.

Anda terlibat dengan Muzikal Lawak Superstar dan bakal memikul peranan sebagai hos Raja Lawak Junior. Jadi, boleh dikatakan rezeki anda semakin lebat selepas bertunang. Apakah respons anda?

Saya pun perasan perkara itu. Alhamdulillah, ramai orang cakap selepas bertunang, rezeki semakin masuk. Saya rasa ini juga rezeki sebelum melangkah ke gerbang perkahwinan. Saya berdoa agar segala urusan selepas ini dipermudahkan Allah. Insya-Allah.

Orang kata, bertunang adalah fasa paling mencabar. Bagaimanakah pula suhu pertunangan buat anda?

Memang betul. Tetapi saya rasa, sebelum bertunang pun memang tunang saya sudah banyak bersabar dengan perangai gila saya (ketawa).

Bagi saya, bergaduh atau bertikam lidah adalah perkara biasa. Apa yang penting, bagaimana kita menanganinya. Sebagai orang dewasa, perkara yang boleh dibawa berbincang, berbincanglah elok-elok. Jangan besarkan sesuatu masalah kerana kita bukan budak-budak lagi.

Melihat kes golongan artis putus tunang atau bercerai, adakah perkara seperti itu menimbulkan kerisauan buat anda?

Risau juga. Sehinggakan ada orang nasihatkan saya supaya jangan buat majlis di lokasi sama mana-mana pasangan yang putus tunang atau bercerai.

Takut nasib sama nanti menimpa saya juga. Saya tidak berfikir sedemikian rupa. Apa pun, saya sangat bersyukur kerana tunang merupakan seorang lelaki yang sangat memahami dan faham kerja saya sebagai anak seni. Saya berdoa agar hubungan cinta kami terus bersemi dan seterusnya melangkah ke alam perkahwinan dengan jayanya.

Sekiranya berlaku pergaduhan, siapa yang selalu mengalah antara kalian?

Kami saling berkompromi. Kadang-kadang saya jadi api dan ada masanya juga saya jadi air dan begitu juga dengan tunang.

Kalau ikut pengalaman, saya yang selalu jadi api namun segala permasalahan kami selesai dengan cara baik.

Sudah menginjak dewasa, perkara-perkara remeh usah diperbesarkan kerana kita takut, kerana perkara remeh itulah akan membawa kehancuran andai terlalu diperbesarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini