KUALA LUMPUR 4 Ogos – Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu mahu Tun Dr. Mahathir Mohamad bersikap seperti seorang lelaki terhormat atau gentleman dengan mematuhi janji beliau hanya menjadi Perdana Menteri sementara untuk tempoh dua tahun yang dipersetujui Pakatan Harapan (PH). Ahli DAP itu mahu Dr. Mahathir tidak lagi menimbulkan keraguan termasuk seolah-olah menyebelahi Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang dilihat mempunyai konflik dengan Presiden PKR, Datuk Seri…










