Selepas kecoh kes pelakon Aishah Azman membuat laporan polis terhadap bekas tunang, abangnya pelakon Afiq Muiz membuat kenyataan dalam entri Instagram memberi amaran kepada lelaki yang bakal menjadi adik iparnya. Afiq memuat naik foto dia bersama Aishah dan menulis kapsyen tersebut, namun tidak menyebut sebarang nama. AFIQ MUIZ memberi amaran kepada mana-mana lelaki yang bakal menjadi adik iparnya agar bersifat lebih budiman. Namun, status tersebut membuatkan ramai warganet membuat spekulasi…










