BENTONG 3 Ogos – Tiada masalah atau isu yang perlu diperbesarkan dalam usaha Kementerian Pendidikan untuk memperkenalkan modul tulisan khat dan Jawi kepada pelajar. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura Othman yang bersetuju dengan keputusan Kementerian Pendidikan menyifatkan pelaksanaan modul itu yang telah lama dirancang hanya bertujuan mengekalkan warisan seni khat di negara ini. “Bagi saya tidak ada masalah pun. Mungkin kebanyakannya tidak faham dengan jelas tulisan jawi,…










