KUALA TERENGGANU 29 Ogos – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkongsi kegembiraan dan kesyukuran menimang cucu ke-35. Walaupun sibuk dengan tugasan, Abdul Hadi sempat meluangkan masa melawat cucunya yang dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini. “Alhamdulillah menyambut kelahiran cucu ke-35 di Pusat Rawatan Ibu dan Bayi, HSNZ. “Terima kasih kepada doktor, jururawat dan semua kakitangan hospital yang bertugas. Semoga Allah memberkati segala usaha…










