PUTRAJAYA 2 Ogos – Dianggarkan sebanyak 800,000 penjawat awam masih belum memiliki kediaman sendiri. Anggaran itu berdasarkan jumlah kakitangan awam yang telah mendapatkan pembiayaan perumahan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif LPPSA, Datuk Kamal Mohd. Ali, seramai 800,000 daripada kira-kira 1.6 juta penjawat awam di seluruh negara mempunyai akaun dengan LPPSA membabitkan pembiayaan berjumlah hampir RM70 bilion. Beliau berkata, permohonan pembiayaan perumahan kakitangan awam secara…










