RABAT 29 Ogos – Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh selepas hujan lebat yang berpanjangkan mengakibatkan air sungai melimpah keluar dan membanjiri padang bola sebuah perkampungan ketika perlawaan persahabatan sedang diadakan di selatan Maghribi, semalam. AFP yang memetik seorang sumber sebagai berkata, ketika kejadian lapan mangsa yang berlindung di sebuah bilik persalinan ‘disapu’ banjir tersebut. “Saya sudah mencecah 64 tahun, tapi ini kali pertama saya melihat insiden sebegini,” katanya. Operasi mencari dan menyelamat…









