64 peratus bayi yang dibuang ditemui meninggal dunia - Utusan Malaysia

64 peratus bayi yang dibuang ditemui meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Kira-kira 64 peratus daripada 945 kes pembuangan bayi ditemui meninggal dunia bagi tempoh 2010 hingga 2018 kerana dibuang di tempat tidak sepatutnya seperti di tandas awam dan pembuangan sampah.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, justeru golongan remaja perempuan terutama yang hamil luar nikah digesa tidak membuang bayi yang dilahirkan sebaliknya menyerahkannya kepada pihak berkuasa atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) agar bayi tersebut dapat diselamatkan untuk dijadikan anak angkat pasangan memerlukan.

Katanya, setakat ini, kira-kira 1,000 pasangan yang sudah berkahwin tersenarai dalam senarai menunggu pengambilan anak angkat JKM dan mereka sentiasa menunggu peluang berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Fokus utama kami sekarang ini ialah untuk menyelamatkan nyawa bayi yang dilahirkan kerana mereka tidak bersalah dan nyawa mereka sangat berharga. Golongan remaja perempuan yang melahirkan anak luar nikah ini boleh mendapatkan bantuan dengan menelefon Talian Kasih 15999 dan JKM akan ke lokasi di mana mereka berada untuk melihat apa yang boleh dibantu.

“Ada banyak ibu bapa yang sedang menunggu peluang untuk menjaga bayi ini dan sekiranya bayi tersebut diserahkan kepada JKM atau tidak dibuang di tempat yang tidak sepatutnya, nyawa mereka akan dapat diselamatkan,” katanya pada pemberita selepas mengadakan lawatan di Sekolah Harapan Negeri Melaka di sini hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini