BUTTERWORTH 29 Ogos – Polis berjaya menahan empat lelaki Geng Beliak yang aktif melakukan jenayah pecah rumah di sekitar daerah ini dalam serbuan di Kampung Pengkalan Batu, Tasek Gelugor, di sini Sabtu lalu. Dalam serbuan kira-kira pukul 6 petang itu, tiga suspek berusia 24 hingga 32 tahun ditahan di sebuah rumah manakala seorang lagi berusia 25 tahun dicekup di kawasan berhampiran. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner…










