4 kejuaraan domestik sasaran Guardiola - Utusan Malaysia

4 kejuaraan domestik sasaran Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pep Guardiola menegaskan bahawa dia tidak akan mempertaruhkan penguasaan Manchester City dalam saingan domestik semata-mata untuk meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

City menjadi pasukan pertama dalam tempoh sedekad meraih kejuaraan Liga Perdana Inggeris berturut-turut musim lalu sebelum melengkapkan kejuaraan treble domestik.

“Liga Juara-Juara adalah kejohanan penting tetapi sukar untuk dimenangi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak akan mempertaruhkan kesemua tujuh perlawanan dalam saingan kalah mati Liga Juara-Juara.

“Saya mahu gembira sepanjang 11 bulan. Liga Perdana Inggeris membuatkan saya gembira, dalam setiap perlawanan apabila saya menang. Saya akan rasa lebih seronok setiap kali menang.

“Adakah saya akan tunggu sehingga Februari dan mempertaruhkan kesemua tujuh perlawanan? Ia terlalu berisiko.

“Kebiasaannya apabila awak ada sejarah dalam perlawanan itu, ia akan membantu. Saya fikir kejuaraan Eropah semakin menghampiri kami apabila kami menang lebih banyak kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

“Saya akan lakukan perkara sama seperti musim lalu. Sekarang ini matlamat saya ialah untuk tidak menang Liga Juara-Juara dan menang empat trofi domestik termasuk Perisai Komuniti,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini