KUALA LUMPUR 3 Ogos- Sebanyak 35 akaun bank dibekukan selain wang tunai dan hartanah berjumlah RM4 juta disita dalam serbuan terhadap rangkaian pengendali perniagaan perkhidmatan (MSB) wang haram di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang. Bank Negara dalam satu kenyataan berkata, serbuan yang dijalankan kelmarin dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia turut merampas dokumen, komputer dan telefon bimbit yang berkaitan dengan aktiviti berkenaan. Menurutnya, sebanyak 14 individu…










