DUNGUN 3 Ogos – Tiga pekerja resort yang ditemui selamat oleh nelayan laut dalam Thailand dijangka tiba di Kuala Dungun di sini, kira-kira 11 malam ini. Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd. Ramli berkata, sebaik menerima panggilan daripada pelantar Bunga Orkid Petronas, pihaknya telah mengerakkan KM Pekan ke lokasi itu untuk urusan membawa balik ketiga-tiga mangsa. “Ketika diselamatkan, Fauzi Mohamad, 40, Mohamad Hafiz…










