BERSAMA. Seramai 230 orang peserta termasuk imam masjid, guru kelas al-Quran dan tajwid, kakitangan pejabat agama dan badan bukan kerajaan (NGO) di negeri Kedah menyertai Konvensyen Rahmatan Lil Alamin Peringkat Negeri Kedah di Hotel Jerai, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Kedah, Hafsah Hashim berkata, program tersebut mendapat kerjasama kerajaan negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah bertujuan memberi kefahaman kepada peserta tentang…










