Gunung Salji atau Xueshan semakin mendapat tempat dalam kalangan pendaki negara ini. Setiap tahun pasti ada kumpulan pendaki Malaysia menakluk puncak itu yang terletak di Shei-Pa National Park, Taichung, Taiwan. Turut dikenali sebagai Gunung Xueshan atau Gunung Syue dengan ketinggian 3,886 meter dari paras laut, ia adalah gunung kedua tertinggi di Taiwan selepas Yushan 3,952 meter. Terdapat dua kabin di laluan menuju ke puncak Syue iaitu Kabin Cika di kilometer…










