16 PATI dicekup  - Utusan Malaysia

16 PATI dicekup 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Tidur lena sebahagian besar pendatang asing tanpa izin (PATI) tidak berpanjangan selepas kawasan penempatan mereka di rumah kedai sekitar Setia Alam di sini diserbu pihak berkuasa semalam.

Operasi bersepadu bermula pukul 11 malam itu diketuai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam dengan kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Pendaftaran Negara  (JPN). 

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, ini susulan aduan orang ramai terhadap kehadiran warga asing yang bekerja di premis perniagaan di kawasan terbabit. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hasil operasi hampir lima jam itu memeriksa 371 orang warga asing dengan 16 orang daripadanya ditahan 
atas pelbagai kesalahan imigresen.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada sembilan lelaki Bangladesh dan tujuh lelaki Myanmar berusia lingkungan 20 hingga 40-an ,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Beliau menjelaskan operasi sebegini akan berterusan dalam usaha membanteras PATI, khususnya di bandar raya ini.

Kesemua PATI yang ditahan itu kemudian diserahkan kepasa pihak JIM dan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini