SEVILLE, Sepanyol – Sekurang-kurangnya 16 bayi telah membentuk ‘sindrom serigala jadian’ selepas diberikan ubat tercemar di Sepanyol baru-baru ini, lapor akhbar Daily Mail. Kesemua bayi berkenaan kini menghidap hipertrikosis iaitu bulu lebat tumbuh di seluruh badan selepas diberikan satu formula untuk masalah penghadaman yang dicemari dengan ubat minoxidil. Minoxidil lazimnya digunakan untuk merawat rambut gugur. Agensi Produk Perubatan dan Kesihatan Sepanyol mengarahkan beberapa produk keluaran syarikat farmasi Farma-Quimica Sur SL…










