LABUAN 31 Ogos – Sebanyak 12 nelayan warga Vietnam ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Labuan di Pulau Mengalum dekat sini semalam. Dalam tangkapan kira-kira pukul 7.30 pagi itu, turut dirampas ialah 60 kilogram hasil tangkapan yang diperoleh dari perairan negara ini yang disimpan di bot itu. Pengarah Maritim Malaysia Labuan, Kapten Che Adnan Md Isa berkata, pada mulanya, kesemua nelayan terbabit ditahan selepas sepasukan anggotannya menjalankan Op Naga…










