Greenland 3 Ogos – Pembuat filem dokumentari Caspar Haarloev berjaya merakamkan video pencairan kira-kira 11 bilion tan metrik ais dalam tempoh 24 jam di Greenland, baru-baru ini. Press TV melaporkan, rakaman itu dibuat semasa dia menghasilkan dokumentari perubahan iklim bertajuk ‘Into the Ice’. Rekod kecairan harian paling tinggi dicatatkan pada 31 Julai lalu dengan 11 bilion tan metrik ais cair dalam tempoh 24 jam. “Semua ais ini hanya terdampar seperti…










